Labels

Friday, 14 June 2013

Interview MBBS UniKL RCMP




Assalamualaikum

Baru-baru ni saya pergi interview untuk program MBBS di UniKl.. So nak share sikit la pengalaman tu. Basically macam ni. Dia ada dua fasa. Fasa pertama for interview. Fasa kedua for MCAT (tak ingat nama penuh dia).

INTERVIEW

Interview dia secara berkumpulan. Ada banyak panel hari tu. Ikut nasib la panel mana yang korang dapat. semua panel adalah lecturer kat Unikl RCMP tu jugak. Masa saya pergi hari tu, saya dapat panel 1 dan interviewer dia ada 3 orang. Salah sorang tu adalah Prof Osman Ali (dean faculty of medicine). Seorang lagi Prof John (mat salleh lecturer kimia). Sorang lagi Prof Noorzaid (lecturer physiology). 1 kumpulan tu ada la lebih kurang 5 orang or kurang. depends la korang dapat berapa. Tapi paling banyak pun 5 orang sahaja.

Saya rasa setiap panel soalan dia lain. Hari tu pulak ada lebih kurang 9 panel. Tapi panel yang saya dapat ni agak sempoi. Diorang tak tanya soalan yang stress2 pon. Lebih baik korang berkenalan dulu lah ngan korang punya kumpulan sebelum masuk interview so that korang tak kekok.

Senang ja soalan yang dia tanya.
     1) Introduce yourself
     2) Situation problem

Introduce yourself tu mcm biasa la kan. Tapi bagi yang simple ja. Tak payah nak bawak keluar prinsip hidup bagai. Dan mereka mahukan jawapan yang JUJUR! Situation problem tu la baru start group discussion. Diorang akan bagi satu problem kat kita. Dan kita akan bincang dalam masa lebih kurang 3 minit macam tu dan bentang. Markah akan diberi kepada siapa yang bercakap. Yang tak bercakap tak ada markah. Dan of course kerjasama amat penting.

MCAT

MCAT ni la test yang sangat memenatkan. MCAT consist of 100 objective question. Reading comprehension ada biology ada chemistry ada physic ada sejarah pun ada. Korang study lah apa yang patut.   Soalan biology macam-macam ada. Yang tak pernah belajar pun ada. Yang kita belajar sikit saja. Soalan chemistry aku rasa more on organic chemistry. Tapi yang senang-senang ja. Soalan physic ada dua tiga ja. Soalan sejarah pun ada dua tiga ja. Oh ya. reading comprehension ada 3 atau 4 essay kena baca (tak ingat). Dan ada 5 soalan essay. Tapi korang kena buat 1 essay sahaja. Semua benda ni harus disiapkan dalam masa 1jam 15 minit.

1 lagi informasi berguna. CGPA kta consits of 40% manakala interview + MCAT  consits of 60%. Hanya orang yang lepas 80% ke atas yang akan diterima masuk. Itu sajalah saya rasa.

p/s: Semuanya dalam bahasa inggeris ya. Dan makan dulu sebelum pergi interview. Nasihat ikhlas dari saya. huhuhu

SELAMAT MAJU JAYA. GOODLUCK!


20 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. akak,td parent saye call unikl sbb dh lps mcat n interview,diorg ckp saye dh dpt tp tgh tunggu keputusan kementerian tinggi sbb muet saye band 3,so diorg ckp suruh call nex week...so ade chance x utk sye dpt,sbb wory sgt2 skrg nie,xnklh muet jd penghalang =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. x payah risau la. unikl akan uruskan yang tu. insyaAllah kalau ada rezeki akan dapat. mmg skrg krjaan tetapkan band 4 untuk further medic di mana2 universiti. tp dengar cita unikl skrg tngh berusaha nak mntak kelonggaran unutk muet. doa2 lah smoga sgalanya dipermudahkan yer. btw tahniah yer!

      Delete
  3. hi nak tanya soalan essay mereka tanya soalan seperti apa?

    ReplyDelete
  4. assalamualikum. kalau interview ni ada bayaran x macam ipts yg lain?

    ReplyDelete
  5. assalamualikum. kalau interview ni ada bayaran x macam ipts yg lain?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum. nak tanya soalan essey tu soalan macam mana ya.

    ReplyDelete
  7. Salam. Utk interview tu kena bawak resume x?

    ReplyDelete
  8. Salam kak..result tu dy col ke check?

    ReplyDelete
  9. Akak sye dpt twrn iv dia utk course diploma farmasi 9 april ni.Ssh x iv dia ,sye bru ni dpt C+ chemistry so mcm debar lah skit and kitorg skrg bljr subject sains in bm.Soalan objektif dia tu dlm bm or english?? Dia akn bgi soalan objektif tu slps di interview ke?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Akak, post yang sangat membantu! Tapi saya ada satu soalan nak tanya. If untuk lepasan foundation in Science IPTA, minimum cgpa untuk Program MBBS ni berapa ye? TQ. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i dont really know that. u should check their requirements on their website or call them. ok.

      Delete
    2. i dont really know that. u should check their requirements on their website or call them. ok.

      Delete
  11. Assalamualaikum. I got accepted to unikl rcmp in diploma of radiography, so is there any chances that i can further my study in mbbs ? Thank you in advance 😊

    ReplyDelete
  12. Akak, blh x drpd dip pharmacy unikl rcmp to dgree mbbs unikl?

    ReplyDelete