Labels

Friday, 25 January 2013

Unforgettable Experience 2 : PERPUSTAKAAN

Assalmualaikum

12/1/2013. Sabtu.

Agak panjang sikit. Suka hati la nak baca ka tak. tengok gambaq saja pon tak pa. Hari tu. Tarikh tu. Paling penat dalam hidup aku. Kali ni aku pegi perpustakaan. Aku dengan kawan aku Farah (nak tngok gambar tngok kat post KAWAN SITU SANA SINI) bercadang nak p perpustakaan dah lama dh. Tapi bru ada masa pada hari tu. Nampak tak betapa busy nya aku? LOL!
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam.



Ok! Awal perancangannya nak p perpustakaan dekat Uitm Shah Alam. Sebab UiTM tu kampus induk, so kami ingat kat situ ada la banyak maklumat pasal Plastic Surgery (tajuk Term Paper untuk BELL). So seawal pukul 8.00 am kami keluaq. P makan kat Rafflesia (gambaq ada kat post REFRESHING MY LIFE). Dah habis makan tu p la tunggu bas. Macam biasa la. Bas kat Puncak Alam ni memamng lambat sikit. Tapi dah nekad nak pegi, so tunggu je la. Bas Rapid KL U90 mai dalam pukul 9.45 am. Nasib pagi. Tak ramai orang sangat  la yang naik bas. So dapat la tempat duduk. Seksa dia tak macam naik bas masa nak pi pasar malam tu.

Klau nak p Shah Alam naik Rapid KL kena bayaq RM2.00. Ambik masa 2 jam gak la (padahal dekat ja pon). Besa la bas. Banyak berhenti. Lambat sikit la. Aku sampai boleh qada' tidur aku yang tak cukup tu dalam bas. Lepas dua jam. Berenti kat Shah alam seksyen 2. Dari situ ambik bas Rapid KL T602 nak p Uitm Shah Alam. bayaq RM 1. Dalam pukul 11.50 a.m kami dah sampai kat UiTM Shah Alam. Disebabkan tak penah masuk. So tak taw la perpustakaan dia kat mana.

Pintu masuk


Nasib baik ada kakak senior yang belajaq kat situ. Dia tolang la tunjuk kat kami. Terima kasih kak! errr. x sempat nak tanya nama. -.-

Dah sampai libry yang PERTAMA! PTAR1. awat yg pertama? haaaaa. Kalau hampa nak taw. Kat UiTM Shah Alam ada 4 library! WOW! Bayang sendiri la besaq UiTM tu macam mana sampai boleh letak 4 library dalam dia. Boleh sesat woooo. Lepas ja masuk dalam tu kami dikecewakan sekali lagi. Library tu hanya ada pasal CTU (agama) sahaja! Maksudnya benda yang kami nak cari kat situ tak dak la. So kami turun p tanya pakcik yang keja kat perpustakaan tu. Dia cakap kalau nak cari pasal-pasal sains ni p PTAR4! PENAT!!!! Dengan azam yang tinggi. Kami pon naik bas. Bayaq RM 1. Berbekalkan informasi daripada pakcik library dan pakcik bas. Kami pon sampai la situ. Malangnya hampir sesat sebab library tu agak terselindung dari pandangan kami. Disebabkan tak ada 'sign board' yang besar. Kami tak perasan yang library tu ada kat belakang kami ja!!

So kami pun dengan rasa malunya masuk la dalam library tu. Sekali lagi dihampakan. Semua buku dalam tu pasai engineering ja. Kami pun turun p tanya kakak yang jaga library tu.

*"Mana p semua buku pasal medic? " 
**"ohhh. Kami dah pindah kan semua buku pasal medic ke UiTM Sungai Buloh. Adik kalau nak        kena pergi sana la." 
*"siiigghhhhhhh". 

Balik. Bayaq RM 1 sekali lagi naik bas Rapid KL keluaq dari Uitm Shah Alam pegi Seksyen 2.

Overall view.


Ingat nak balik terus Puncak Alam. Tapi dah alang-alang keluar. Kami teruskan pencarian kami. Berbekalkan informasi dari kawan aku dan seorang kakak dan pakcik bas, Kami pun pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Kalau nak pegi situ dari seksyen 2. Ambik bas Rapid KL U605 untuk ke seksyen 13. (semua pakcik bas cakap kena naik T605, nasib baik kami BIJAK! ceewaaahhh) Bayaq RM1. Bagitaw kat pakcik bas tu hampa nak p perpustakaan tu. nanti dia drop hampa kat tepi jalan nak depan jalan masuk nak p perpustakaan tu. Dan untuk pengetahuan hampa. Dari pintu gerbang nak masuk dalam perpustakaan tu ada la lebih kurang 2KM!! so kalau bernasib baik macam aku. Ada teksi baru keluar dari situ. Kalau tak memang aku kena jalan kaki masuk dalam tu!! Bayaran yang aku kena RM3.50.

Bila ja kami sampai kat dalam tu, memang macam orang jakun. BESAR GILA!!! tempat dia memang cantik dan sesuai kalau nak mai study. Tapi benda yang kami nak cari still tak dak lagi kat situ. Maybe sebab baru bukak kot. So aku dengan Farah lepak ja la kat dalam tu. Nasib baik aku dah cari source tu masa aku balik Kedah hari tu. So aku siapkan je la kerja aku. Dan farah terus mencari dan membantu aku siapkan part aku dalam Term Paper tu. Siap jugak akhirnya dan Kami solat kat situ. Dan terus balik.

Nak balik pun kami masih diuji. KASUT HILANG!!! kalau hampa nak taw, nak masuk dalam library tu kena bukak kasut dan letak beg kat luar. Dia ada bagi satu beg. Untuk letak kasut kat dalam tu. lepas tu bwk la beg tu p mana-mana tempat yang hampa nak p. Aku dan farah tersilap faham. Kami letak barang2 kami dalam beg tu (dah bagpack x leyh bwk masok -.-) dan kami letak kasut dekat luar. Bila dah keluar terkial-kial cari kasut. Dalam dok cari tu baru nampak 'sign board' arahan masukkan kasut dlm beg tu. Barulah kami menyesal x baca benda tu. LOL!

So kami pun masuklah dalam library tu balik nak tanya makcik cleaner yang kebetulan ada kat situ.

*"Makcik, kat mana diorang letak kasut yang ada kat luar tu eh?" 
**" Haaa. Tu la. Lain kali masukkan kasut tu dalam beg yang diorang bagi tu. Ambik kasut tu kat kaunter kat bawah." 
*"Terima kasih makcik! =='"

Masa tu kami ada kat level 3. kami terpaksa turun ikut eskalator BERKAKI AYAM!! (ada stokin sebenarnya) Bayangkanlah betapa malunya aku. Nasib baik ada stokin nak tolong cover kaki so orang tak perasan sangat. Sampai ja kat kaunter tu terus ambik kasut, pakai dan buat muka mcam tak dak apa yang berlaku. LOL!!!

Tu la yang takkan aku lupakan!!

Makanan paling sedap kat PKNS. 


*kat sini aku nak nasihatkan. Sapa yang nak pegi Perpustakaan ni baik ambik no pakcik teksi yang bawak hampa masuk dalam tu. Kalau tak memang berjanggut la nak tunggu teksi masa nak balik tu. Bas tak masuk kat dalam tu. Kalau nak pergi terus dari UiTM Puncak Alam. Boleh naik U90. Terus Sampai PKNS (sebab aku tak pasti bas tu pergi sampai depan library tu ke tak). Ambik teksi kat situ. Terus pergi libry tu. Tapi mahal skiti la cost naik teksi dari situ. Ada la RM 10 -.-*

May Peace Be Upon You.

No comments:

Post a Comment