"Experience differentiate a person from others"Assalamualaikum.
5/1/2013.Sabtu.
Hari tu. Tarikh tu. Aku dengan housemate aku pegi pasar malam dekat 'bandar' puncak alam. Ada 5 orang semuanya. Kami plan sehari sebelum hari Sabtu which means Jumaat la kan. Plan punya plan. Tibalah hari yang ditunggu. Petang Sabtu tu dalam pukul 5.30 pm kami pon keluar la pegi tunggu bas Rapid KL kt bus stop depan 'apartment' kami ni. Tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai. So dalam kul 5.45pm kami pon bergerak ke pondok bas 1 lagi yang terletak di kawasan 'apartmen' lelaki. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Sampai beketuat dah buntut. Dalam pukul 6.30 baru lah bas sampai. Kami pun BERPERANG lah untuk menaiki bas dengan pelajar lain. Hari tu entah apa mimpi budak PALAM. Ramai la pulak yang nak pergi pasar malam tu. Kalau nak aku gambarkan suasana dalam bas tu adalah seperti tin sardin yang mampat tetapi ikan didalamnya masih hidup dan meronta untuk keluar. Haaaaa. Bayang sendiri la.
Aiskrim selalu boleh makan sekali nagn batang dia. Ini 'rare' sikit.
Bas tu masyaAllah! aku rasa driver dia bekas drifter. Nasib tak terbalik ja bas tu. Ala-ala roller coaster pon ada dia bawak bas. Aku yang berdiri dalam tu bersempit-sempitan dengan semua orang dah rasa macam nak muntah dah. Aduh! Masa tu dalam hati aku dah niat. "Lepas ni TOBAT aku tak mai dah pasar malam ni!" Nak pergi tu kena ada azam yang kuat dan keazaman yang tinggi.
Sesudah 20 minit menaiki bas 'roller coaster' tu aku pon sampai la di tempat yang di tuju. Turun-turun ja dari bas tu. Satu nikmat yang tidak terkata bagi aku. Apabila kembali menghirup udara segar. Rasa mual pun kurang. So kami berlima meneruskan misi kami untuk menjelajah pasar malam tu.
Actualy kami pergi bukan nak beli barang sangat pon. lebih kepada 'gedik' nak pegi sebab sepanjang duduk Puncak Alam x pernah pergi pon. So kira macam nak 'gain' pengalaman la ni. Ada la modal sikit nak bercerita kat orang.
Banyak tak makanan? Ada lagi tu sebenarnya.
Tapi berbaloi la. Nak dapat satu yang berharga dalam hidup kita bukannya senang. Kalau dah dapat tu tak kan nak buang kan. So yang hanya boleh dibuat simpan dan terus dalam kenang-kenangan.
May peace be upon you!
No comments:
Post a Comment