Labels

Friday, 25 January 2013

Unforgettable Experience 2 : PERPUSTAKAAN

Assalmualaikum

12/1/2013. Sabtu.

Agak panjang sikit. Suka hati la nak baca ka tak. tengok gambaq saja pon tak pa. Hari tu. Tarikh tu. Paling penat dalam hidup aku. Kali ni aku pegi perpustakaan. Aku dengan kawan aku Farah (nak tngok gambar tngok kat post KAWAN SITU SANA SINI) bercadang nak p perpustakaan dah lama dh. Tapi bru ada masa pada hari tu. Nampak tak betapa busy nya aku? LOL!
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam.



Ok! Awal perancangannya nak p perpustakaan dekat Uitm Shah Alam. Sebab UiTM tu kampus induk, so kami ingat kat situ ada la banyak maklumat pasal Plastic Surgery (tajuk Term Paper untuk BELL). So seawal pukul 8.00 am kami keluaq. P makan kat Rafflesia (gambaq ada kat post REFRESHING MY LIFE). Dah habis makan tu p la tunggu bas. Macam biasa la. Bas kat Puncak Alam ni memamng lambat sikit. Tapi dah nekad nak pegi, so tunggu je la. Bas Rapid KL U90 mai dalam pukul 9.45 am. Nasib pagi. Tak ramai orang sangat  la yang naik bas. So dapat la tempat duduk. Seksa dia tak macam naik bas masa nak pi pasar malam tu.

Klau nak p Shah Alam naik Rapid KL kena bayaq RM2.00. Ambik masa 2 jam gak la (padahal dekat ja pon). Besa la bas. Banyak berhenti. Lambat sikit la. Aku sampai boleh qada' tidur aku yang tak cukup tu dalam bas. Lepas dua jam. Berenti kat Shah alam seksyen 2. Dari situ ambik bas Rapid KL T602 nak p Uitm Shah Alam. bayaq RM 1. Dalam pukul 11.50 a.m kami dah sampai kat UiTM Shah Alam. Disebabkan tak penah masuk. So tak taw la perpustakaan dia kat mana.

Pintu masuk


Nasib baik ada kakak senior yang belajaq kat situ. Dia tolang la tunjuk kat kami. Terima kasih kak! errr. x sempat nak tanya nama. -.-

Dah sampai libry yang PERTAMA! PTAR1. awat yg pertama? haaaaa. Kalau hampa nak taw. Kat UiTM Shah Alam ada 4 library! WOW! Bayang sendiri la besaq UiTM tu macam mana sampai boleh letak 4 library dalam dia. Boleh sesat woooo. Lepas ja masuk dalam tu kami dikecewakan sekali lagi. Library tu hanya ada pasal CTU (agama) sahaja! Maksudnya benda yang kami nak cari kat situ tak dak la. So kami turun p tanya pakcik yang keja kat perpustakaan tu. Dia cakap kalau nak cari pasal-pasal sains ni p PTAR4! PENAT!!!! Dengan azam yang tinggi. Kami pon naik bas. Bayaq RM 1. Berbekalkan informasi daripada pakcik library dan pakcik bas. Kami pon sampai la situ. Malangnya hampir sesat sebab library tu agak terselindung dari pandangan kami. Disebabkan tak ada 'sign board' yang besar. Kami tak perasan yang library tu ada kat belakang kami ja!!

So kami pun dengan rasa malunya masuk la dalam library tu. Sekali lagi dihampakan. Semua buku dalam tu pasai engineering ja. Kami pun turun p tanya kakak yang jaga library tu.

*"Mana p semua buku pasal medic? " 
**"ohhh. Kami dah pindah kan semua buku pasal medic ke UiTM Sungai Buloh. Adik kalau nak        kena pergi sana la." 
*"siiigghhhhhhh". 

Balik. Bayaq RM 1 sekali lagi naik bas Rapid KL keluaq dari Uitm Shah Alam pegi Seksyen 2.

Overall view.


Ingat nak balik terus Puncak Alam. Tapi dah alang-alang keluar. Kami teruskan pencarian kami. Berbekalkan informasi dari kawan aku dan seorang kakak dan pakcik bas, Kami pun pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Kalau nak pegi situ dari seksyen 2. Ambik bas Rapid KL U605 untuk ke seksyen 13. (semua pakcik bas cakap kena naik T605, nasib baik kami BIJAK! ceewaaahhh) Bayaq RM1. Bagitaw kat pakcik bas tu hampa nak p perpustakaan tu. nanti dia drop hampa kat tepi jalan nak depan jalan masuk nak p perpustakaan tu. Dan untuk pengetahuan hampa. Dari pintu gerbang nak masuk dalam perpustakaan tu ada la lebih kurang 2KM!! so kalau bernasib baik macam aku. Ada teksi baru keluar dari situ. Kalau tak memang aku kena jalan kaki masuk dalam tu!! Bayaran yang aku kena RM3.50.

Bila ja kami sampai kat dalam tu, memang macam orang jakun. BESAR GILA!!! tempat dia memang cantik dan sesuai kalau nak mai study. Tapi benda yang kami nak cari still tak dak lagi kat situ. Maybe sebab baru bukak kot. So aku dengan Farah lepak ja la kat dalam tu. Nasib baik aku dah cari source tu masa aku balik Kedah hari tu. So aku siapkan je la kerja aku. Dan farah terus mencari dan membantu aku siapkan part aku dalam Term Paper tu. Siap jugak akhirnya dan Kami solat kat situ. Dan terus balik.

Nak balik pun kami masih diuji. KASUT HILANG!!! kalau hampa nak taw, nak masuk dalam library tu kena bukak kasut dan letak beg kat luar. Dia ada bagi satu beg. Untuk letak kasut kat dalam tu. lepas tu bwk la beg tu p mana-mana tempat yang hampa nak p. Aku dan farah tersilap faham. Kami letak barang2 kami dalam beg tu (dah bagpack x leyh bwk masok -.-) dan kami letak kasut dekat luar. Bila dah keluar terkial-kial cari kasut. Dalam dok cari tu baru nampak 'sign board' arahan masukkan kasut dlm beg tu. Barulah kami menyesal x baca benda tu. LOL!

So kami pun masuklah dalam library tu balik nak tanya makcik cleaner yang kebetulan ada kat situ.

*"Makcik, kat mana diorang letak kasut yang ada kat luar tu eh?" 
**" Haaa. Tu la. Lain kali masukkan kasut tu dalam beg yang diorang bagi tu. Ambik kasut tu kat kaunter kat bawah." 
*"Terima kasih makcik! =='"

Masa tu kami ada kat level 3. kami terpaksa turun ikut eskalator BERKAKI AYAM!! (ada stokin sebenarnya) Bayangkanlah betapa malunya aku. Nasib baik ada stokin nak tolong cover kaki so orang tak perasan sangat. Sampai ja kat kaunter tu terus ambik kasut, pakai dan buat muka mcam tak dak apa yang berlaku. LOL!!!

Tu la yang takkan aku lupakan!!

Makanan paling sedap kat PKNS. 


*kat sini aku nak nasihatkan. Sapa yang nak pegi Perpustakaan ni baik ambik no pakcik teksi yang bawak hampa masuk dalam tu. Kalau tak memang berjanggut la nak tunggu teksi masa nak balik tu. Bas tak masuk kat dalam tu. Kalau nak pergi terus dari UiTM Puncak Alam. Boleh naik U90. Terus Sampai PKNS (sebab aku tak pasti bas tu pergi sampai depan library tu ke tak). Ambik teksi kat situ. Terus pergi libry tu. Tapi mahal skiti la cost naik teksi dari situ. Ada la RM 10 -.-*

May Peace Be Upon You.

Thursday, 10 January 2013

Unforgettable experience 1 : HARDSHIP.

"Experience differentiate a person from others"
Assalamualaikum.

5/1/2013.Sabtu.

Hari tu. Tarikh tu. Aku dengan housemate aku pegi pasar malam dekat 'bandar' puncak alam. Ada 5 orang semuanya. Kami plan sehari sebelum hari Sabtu which means Jumaat la kan. Plan punya plan. Tibalah hari yang ditunggu. Petang Sabtu tu dalam pukul 5.30 pm kami pon keluar la pegi tunggu bas Rapid KL kt bus stop depan 'apartment' kami ni. Tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai. So dalam kul 5.45pm kami pon bergerak ke pondok bas 1 lagi yang terletak di kawasan 'apartmen' lelaki. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Sampai beketuat dah buntut. Dalam pukul 6.30 baru lah bas sampai. Kami pun BERPERANG lah untuk menaiki bas dengan pelajar lain. Hari tu entah apa mimpi budak PALAM. Ramai la pulak yang nak pergi pasar malam tu. Kalau nak aku gambarkan suasana dalam bas tu adalah seperti tin sardin yang mampat tetapi ikan didalamnya masih hidup dan meronta untuk keluar. Haaaaa. Bayang sendiri la.

Aiskrim selalu boleh makan sekali nagn batang dia. Ini 'rare' sikit. 


Bas tu masyaAllah! aku rasa driver dia bekas drifter. Nasib tak terbalik ja bas tu. Ala-ala roller coaster pon ada dia bawak bas. Aku yang berdiri dalam tu bersempit-sempitan dengan semua orang dah rasa macam nak muntah dah. Aduh! Masa tu dalam hati aku dah niat. "Lepas ni TOBAT aku tak mai dah pasar malam ni!" Nak pergi tu kena ada azam yang kuat dan keazaman yang tinggi.

Sesudah 20 minit menaiki bas 'roller coaster' tu aku pon sampai la di tempat yang di tuju. Turun-turun ja dari bas tu. Satu nikmat yang tidak terkata bagi aku. Apabila kembali menghirup udara segar. Rasa mual pun kurang. So kami berlima meneruskan misi kami untuk menjelajah pasar malam tu.

Actualy kami pergi bukan nak beli barang sangat pon. lebih kepada 'gedik' nak pegi sebab sepanjang duduk Puncak Alam x pernah pergi pon. So kira macam nak 'gain' pengalaman la ni. Ada la modal sikit nak bercerita kat orang.

Banyak tak makanan? Ada lagi tu sebenarnya.

Sampai ja kat sana orangnya MASYALLAH! Ramai siot!!! Tapi disebabkan dah datang kami redah jugak orang ramai, asap bakar satey dan macam-macam lagi. The end nya kami berlima share duit beli makanan sorang sikit so balik nanti boleh makan ramai-ramai.So puku 7.30 pm kami pun naik 'tin sardin roller coaster' tu balik PALAM balik. nak balik pun seksa dia tak habis lagi. tapi aku bernasib baik sebab dapat duduk dalam bas tu. Kawan-kawan aku yang lain semua kena berdiri. Kasihan mereka. Walaupun duduk aku still rasa mual. Nampak tak  macam mana pakcik drifter tu bawak. Aku yang duduk pun boleh mual. Yang berdiri tak thu la.

Tapi berbaloi la. Nak dapat satu yang berharga dalam hidup kita bukannya senang. Kalau dah dapat tu tak kan nak buang kan. So yang hanya boleh dibuat simpan dan terus dalam kenang-kenangan.

May peace be upon you!


Friday, 4 January 2013

AZAM BARU?

"MAY THE ODDS BE EVER IN YOUR FAVOR!" -the hunger games-

Assalamualaikum. 

And here it is!! 2013!! I survive from the MAYAN'S nightmare. Great job to all of us. 

Bila masuk ja tahun baru semua orang mesti prepare azam baru kan? For me, it is something like 'adat'. But in a good way of course. Aku pon ada prepare 1 azam. 1 ja yang aku mampu ok. Kalau banyak-banyak tak mampu nak capai pulak nanti. Azam aku. Aku nak struggle for this semester and enjoy my final year as a TEENager. I'm finally 19 y.o now!!! Great huh?? Lepas ni dah tak ada angka belasan dalam diri aku. Semua hanya lah PULUHAN. Not something that I like.

Talking about this semester. This semester is like a mini HELL to me. Because it is so tiring. Like SERIOUSLY! You have to wake up at 8.00 am. Got class at 8.30 am. The whole day at faculty. Lecture and tutorial. Lab report and stuff. Finish class at 6.30pm. and go back to your nest. I know. It not for the whole weeks. But it ALMOST for the whole week. Even it is Friday. So lebih kurang macam burung yang terbang pada siang hari untuk mencari makanan dan pulang ke sangkarnya sebelum malam. Kinda sucks!

So alang-alang dah macam ni. Baik aku penat kan diri aku dengan segala benda kat asasi ni. Lab report. Tutorial. Revision and stuff. Sounds like a NERD! but it is only until April 2013. Lepas tu. I AM FREE!!!

Sebab tu aku guna perkataan STRUGGLE  dalam azam tahun ni. Alang-alang nerd dari pkul 6 pagi smpai 6 petang. Teruskan nerd sampai pkul 12 t.malam. Not bad huh? Kalau semua ni berbaloi untuk berjaya. Apa salahnya? Memang aku tak biasa dengan perkataan NERD dalam hidup aku. Tapi entah-entah disebabkan aku bukan NERD la kot yang aku tak dapat staright A's SPM. HAHA! 

And aku ada satu lagi azam kecil. Sebab apa dia azam kecil? Sebab aku tak ambik kisah sangat pasal benda ni. Kalau tercapai pon tak pa. Tak tercapai pon tak pa. Iaitu nak menjadikan blog ini berILMIAH sikit. Aku malas betul kalau aku buat blog sebab nak cerita pasal my daily life. Baik aku beli diary. Blog ni bukan diary aku. Hanya tempat aku memberi pendapat. Dan untuk menulis. Dan aku tak mahu orang tahu pasal diri aku. Sebab aku bukan sapa-sapa. So aku nak bagi something yang korang semua boleh manfaat kan dalam hidup korang. So I'm trying to tell you guys what a university's life looks like. And here it is!! I'll tell you guys how awesome university's life is. And I know, along this time, I don't have any great story to be told -.-!

May peace be upon you.