Labels

Monday, 22 October 2012

ANAK KEDAH SPEAKING LONDON.





ASSALAMUALAIKUM.

Pagi tadi. Bangun tidur 6.330 am. Solat subuh. Termenung mengenangkan nasib diri. Hari ni hari penting. Aku bisik pada diri sendiri. Hari yang mungkin akan aku lalui semula atau tidak. Tidak. Tidak. Tak mahu hari sebegini berulang. MUET speaking test. Menghantui aku seminggu sebelum tarikh 22/10/2012. Ya. Tarikh keramat. Tarikh aku kena speaking. 3 hari sebelum tarikh keramat. Aku usaha mencari tips di muka buku. Supaya lidah tak terkelu, bibir x membisu. Atas khidmat Facebook, kawan seperjuangan di U memberi tips. Aku praktik. Aku hafal. Aku usaha. Aku tawakal. Hari yang ditunggu menjelang. Hari ini. Isnin. 22/10/2012. Hari keramat. Jam 11.00 pagi. Masih belum dipanggil. Hati mula resah. Fikiran mula gelisah. Lambat lagi kah? Melayu memang begini. Bisik dalam hati. 11.15 am. Dipanggil masuk. Dikuarantin. Aku tersedar. Kaki mulakan langkah. Langkah yang entah longlai atau amarah. Hati kembali resah. Jiwa kembali tak tentu arah. Fikiran mula resah. Tangan di dada. 'la taqhab wala tahzan innallah ham ana'. Ku lafaz ber ulang kali. Pesan ibu sebelum pergi. Doa ini menenangkan hati. HAti beransur tenang. 1 jam dikuarantin. Kini tiba giliran sendiri. 2 orang rakan seperjuangan bersama melangkah ke medan perang. Medan perang yang tak memerlukan kekuatan. Tak memerlukan pengetahuan. Yang diperlukan hanyalah TEAMWORK. YA. Teamwork. Duduk teratur. Baca teratur. Pertuturan teratur. 30 minit SPEAKING LONDON ku cakap tanpa henti. Hati mula berbunga. YA. Aku berjaya! aku berjaya harungi 30 minit ini dengan sempurna. Walau ada cacat cela. Tawakal tu Alallah sahaja awabnya. Usaha. Tawakal. Resepi kejayaan. Kupegang sampai sekarang. Keluar dengan senyuman. LEGA.........

No comments:

Post a Comment