Assalammualaikum dan Hye!!!
Sebenarnya banyak benda yang nak dicerita dalam blog ni. Tapi tidak kesampaian. Sebab sifat diri ini yang pemalas. Memang niat awal-awal masa buat blog ni nak memahatkan semua kisah travel aku. Tapi apakan daya.
Aku ada pegi Singapore. Pegi backpack ngn housemate aku. Pegi naik flight balik naik train. 3 hari 2 malam. Tidur di JB. 1 hari jalan-jalan Singapore. 1 hari habis di Universal Studio. 1 hari balik. Sebab naik train. So memang makan masa lebih kurang 1 hari. Nak sangat cerita dalam blog pasal perjalanan aku. Pasal Bajet habis berapa banyak. Jadi aku pon tulis la dalam satu buku kecik yg aku panggil buku travel. Aku memang lagi suka cara old school. Tulis pakai pen dan kertas. Jadi segala plan aku sebelum dan masa kat Singapore ada dalam buku tu. Sebab aku ni short term memory skit bab-bab nombor ni dan memang senang lupa.. Dah baik aku karang tentatif kat dalam tu. Tips pon banyak. Tapi apakan daya. Buku tu hilang lepas balik ipoh. Jadi niat nak update blog pon terbantut. Apakan daya.
Lepas tu baru-baru ni aku pegi pulau perhentian. Dengan kawan-kawan satu batch. 4 hari 3 malam. Kali ni pon back pack punya style jugak. Pegi under pakej. Kawan aku yg uruskan benda ni. So aku bayar dan ikut ja. Servis dia memang tip top dan memuaskan. Walaupon dia ada tentatif dia sendiri. Tapi fleksibel. Boleh diubah ikut kemahuan dan kemampuan kita. Tambah-tambah guide tu orang tempatan Pulau Perhentian. Nak dijadikan cerita. Kononya belajar dari kesilapan. Tak mahu kehilangan buku lagi. Aku pon simpan la dalam memo dalam henpon murah aku ni. Macam biasa. Setiap bajet dan tentatif serta tips aku tulis. Tapi apakan daya. Aku dengan senang hati dan gembiranya tukar phone baru. Phone lama bagi adik. Yeay! 2 3 hari selepas tu aku teringat yang dalam tu ada semua pasal Pulau Perhentian. Dan nak dijadikan cerita adik aku pegi format phone tu. Sekali lagi Apakan daya.
Jadi kita belajar dari kesilapan. Sekarang dalam phone ni aku dh install apps Blogger. So kalau ada apa-apa yang nak dicerita dalam blog ni aku akan save dalam draft. Jadi lepas ni klau hilang phone or pegi format phone dah tak perlu risau. Sebab dah save. Hanya memerlukan internet. Semoga lepas ni semua kisah travel dapat dikongsi untuk bacaan bersama.
Sekian
P/s: gambar pon tak dapat nak letak sbb format laptop. Hurmm.