Labels

Saturday, 22 August 2015

3rd year medical student (it has been a long time)

Assalamualaikum wbt and hai!!

Berhabuk dah blog ni. Di sini saya ingin meminta maaf kepada semua yg comment di post saya yang bertanya mengenai UNIKLRCMP kerana tak dapat nak 'reply' secepat yang mungkin sebab saya dah lama tak buka blog.

Hari ni tiba-tiba terdetik nak buka dan tngok ramai juga yang bertanya pasal interview untuk program MBBS UNIKL RCMP. Disebabkan lama dh blog ni tak update, jadi email yang ada dalam blog ni pon yang dah lama. Oleh sebab itulah saya tidak dapat sebarang 'notification' mengenai komen anda semua.

Oleh itu Saya dah update semua info mengenai saya, semoga selepas ini kita dapat berinteraksi dengan  dengan lebih efektif. (ayat baku BM)

Sebenarnya saya nak 'start' new. tapi disebabkan post mengenai UNIKL RCMP tu mendapat sambutan, saya tak smpai hati nak 'delete' post tu. Jadi saya 'decide' untuk teruskan sahaja blog ni. Lepas ni InysaAllah akan ada lebih banyak 'update' dari saya as I feel like being a thirdyear medical students will have a lot more to write in terms of "medical students life".

Yes sy dah menjadi Pelajar Perubatan tahun Ketiga UNIKL RCMP. Alhamdullillah. Sekarang dah masuk 4 bulan dan saya akan memulakan 'medical posting' saya lagi 2 minggu. Can't wait!!!

Oklah.Will update soon insyaAllah.

Salam.