Labels

Friday, 14 June 2013

Interview MBBS UniKL RCMP




Assalamualaikum

Baru-baru ni saya pergi interview untuk program MBBS di UniKl.. So nak share sikit la pengalaman tu. Basically macam ni. Dia ada dua fasa. Fasa pertama for interview. Fasa kedua for MCAT (tak ingat nama penuh dia).

INTERVIEW

Interview dia secara berkumpulan. Ada banyak panel hari tu. Ikut nasib la panel mana yang korang dapat. semua panel adalah lecturer kat Unikl RCMP tu jugak. Masa saya pergi hari tu, saya dapat panel 1 dan interviewer dia ada 3 orang. Salah sorang tu adalah Prof Osman Ali (dean faculty of medicine). Seorang lagi Prof John (mat salleh lecturer kimia). Sorang lagi Prof Noorzaid (lecturer physiology). 1 kumpulan tu ada la lebih kurang 5 orang or kurang. depends la korang dapat berapa. Tapi paling banyak pun 5 orang sahaja.

Saya rasa setiap panel soalan dia lain. Hari tu pulak ada lebih kurang 9 panel. Tapi panel yang saya dapat ni agak sempoi. Diorang tak tanya soalan yang stress2 pon. Lebih baik korang berkenalan dulu lah ngan korang punya kumpulan sebelum masuk interview so that korang tak kekok.

Senang ja soalan yang dia tanya.
     1) Introduce yourself
     2) Situation problem

Introduce yourself tu mcm biasa la kan. Tapi bagi yang simple ja. Tak payah nak bawak keluar prinsip hidup bagai. Dan mereka mahukan jawapan yang JUJUR! Situation problem tu la baru start group discussion. Diorang akan bagi satu problem kat kita. Dan kita akan bincang dalam masa lebih kurang 3 minit macam tu dan bentang. Markah akan diberi kepada siapa yang bercakap. Yang tak bercakap tak ada markah. Dan of course kerjasama amat penting.

MCAT

MCAT ni la test yang sangat memenatkan. MCAT consist of 100 objective question. Reading comprehension ada biology ada chemistry ada physic ada sejarah pun ada. Korang study lah apa yang patut.   Soalan biology macam-macam ada. Yang tak pernah belajar pun ada. Yang kita belajar sikit saja. Soalan chemistry aku rasa more on organic chemistry. Tapi yang senang-senang ja. Soalan physic ada dua tiga ja. Soalan sejarah pun ada dua tiga ja. Oh ya. reading comprehension ada 3 atau 4 essay kena baca (tak ingat). Dan ada 5 soalan essay. Tapi korang kena buat 1 essay sahaja. Semua benda ni harus disiapkan dalam masa 1jam 15 minit.

1 lagi informasi berguna. CGPA kta consits of 40% manakala interview + MCAT  consits of 60%. Hanya orang yang lepas 80% ke atas yang akan diterima masuk. Itu sajalah saya rasa.

p/s: Semuanya dalam bahasa inggeris ya. Dan makan dulu sebelum pergi interview. Nasihat ikhlas dari saya. huhuhu

SELAMAT MAJU JAYA. GOODLUCK!


Interview Medicine AUCMS

Assalamualaikum.

So yeah. Dah lama tak update blog ni. So update terbaru nak cerita sikit benda yang aku buat baru-baru ni. Interview MBBS kat AUCMS. Kepada sapa-sapa yang tak tahu AUCMS tu sebuah universiti swasta. Tapi yang bagus nya AUCMS ni dia under mara. Means siapa yang dapat buat medic di situ akan dapat loan mara. Kalau tak dapat loan mara pon boleh buat pinjaman PTPTN dan AUCMS juga ada loan dia yang tersendiri. Kalau nak info yang lebih lanjut boleh tanya mereka sendiri kerana saya bukanlah bekerja di situ. Tetapi semasa temuduga mereka ada cakap yang mara dah tak keluarkan loan untuk medic dah. Terutamanya yang di luar negara seperti Indonesia (sebab AUCMS ada buat twinning program kat sana). Tapi jangan risau, jika result anada hebat tak ada sebab mara tidak menaja anda.

Ok. Now nak cerita pasal interview pulak. FYI, interview dia one by one. 2 orang penemuduga VS 1 applicant. Paham tak?
lebih kurang macam ni la.

Soalan wajib yang akan ditanya adalah 
       1) Nama menteri kesihatan
       2) Nama sultan sekarang atau sebelum
       3) Nama perdana menteri sekarang atau sebelum
       4) Nama orang yang memegang Pulau Penang. (lebih kurang MB pulau pinang la)
       5) Tajuk yang akan belajar kalau ambik medic.
       6) Kenapa pilih medic
       7) Mampu tak nak bayar yuran (sebb AUCMS kan swasta)
       8) Kenapa pilih AUCMS.
       9) Nak jadi doktor apa? (specialist)

Setakat ni yang tu jalah yang saya ingat. Masa saya punya interview hari tu semua orang ditanya soalan yang sama. Tak tahu lah kalau korang akan dapat soalan yang berlainan nanti. Apa-apa pun gudluck untuk semua yang bakal di temu duga. 

Oh ya. Interviewnya semua dalan bahasa inggeris ya.

#p/s; bawak 2 atau lebih gambar berukuran passport ya nanti terutama yang memohon secara online. Diorang tak cakap tapi diorang mintak. Dan lebih baik bawak sijil original berserta salinan. Just in case diorang mintak je k.

Hope this will help you guys! GUDLUCK!