Assalamualaikum.
Result semester 2 dah keluar. Ada peningkatan. Tetapi peningkatan yang tak layak diberi pujian aku kira. Sekali lagi harapan ibu dan ayah dikecewakan. Sudah kali yang ketiga aku kira. Pertama, tak dapat straight A dalam SPM. Kedua, tak dapat pointer yang memuaskan masa sem 1. Ketiga tak dapat pointer yang memuaskan sem dua sekaligus tak dapat sambung bidang yang ibu dan ayah harapkan.
Mungkin kerisauan aku selama ini dah dijawab oleh Allah s.w.t. Boleh kah aku menjadi seorang doktor? Kerana aku begitu mengenali diri ini. dan Allah dah bagi jawapan yang sangat jujur walaupun pedih. Walaupun dalam hati ada sekelumit rasa nak jadi seorang doktor. Tetapi rasa ragu-ragu itu ada.
Sekali lagi muhasabah diri. Apa yang aku buat masa sem 2 yang menyebabkan target tak tercapai? Aku tak serius dalam mengejar cita-cita aku rasa. Aku terlalu memandang remeh semua benda. Aku tahu. Dan itu masalah besar aku.
Sekarang ibu dan ayah kecewa. Masa result MUET keluar ibu kecewa. Ibu marah. Kali ini kecewa lagi. Dan mungkin akan marah lagi. Aku tak bagi tahu ibu dan ayah lagi pasal result. Takut. Bukan takut kena marah. Aku layak dimarah aku rasa. Tapi takut mereka kecewa. Aku rasa kecewa mereka akan menjadi lagi besar sebab aku anak sulung yang diletakkan harapan yang besar. Walaupun kami ada tiga beradik. Tetapi, expectation yang besar diletakkan kepada diri aku.
Perkataan menyesal tak pernah ada dalam diri aku. Diri aku penuh dengan motivasi aku kira. Walaupun result sem 1 tak memuaskan, aku berjaya tebus dengan result sem 2. Walaupun bilangan A bertambah. tetapi tidak cukup untuk mendapatkan apa yang aku mahu. Aku redha. Tetapi ibu dan ayah? Aku tak tahu.
Ketahuilah ibu dan ayah, diri ini lagi sedih dan kecewa terhadap diri sendiri. Sesungguhnya usaha yang diberikan masih belum mencukui untuk mencapai hajat kalian. InsayAllah, usaha akan diteruskan untuk menjadi anak yang boleh kalian banggakan. Kakak mintak maaf.