ASSALAMUALAIKUM.
Firstly aku nak story pasal 1 benda. Ada la satu hari ni. Aku boring2 kat rumah. Aku pun post la something kat mukabuku. Aku post benda tu 1) sebab aku annoyed dengan seorang minah yang bajet bagus di twitter nya kerana bakal bergelar DR. 2) kerana aku nak mak aku baca pasal benda tu. So dengan tekad yang tinggi aku pun post la pasal la bnda tu di facebook.
Haaaa... Itu la benda yang aku post. Tak sampai 1 minit dah ada orang comment.Ofkos la jawapan dia tidak. Aku pada awalnya tak mahu membawa isu ini dari segi keislaman. Tapi disebabkan salah seorang senior aku tetiba ja sebut pasal benda2 keislaman ni. Aku pun layan ja. Sebab benda yang dia cakap tu memang betul. Kawan-kawan aku pun ramai la yang sokong statement aku ni. Ofkos la org sokong kan. -.-
Selepas itu berlanjutan lah isu ini dari segi keislamannya.
selepas itu masuk pelu dalam perbincangan ini kawan-kawan sekolah aku. Dan salah seorang/kedua-dua (aku x pasti) bakal bergelar DR.
For your information. Lepas ja comment yang terakhir tu aku terus x reply. Dan perbincangan ini terhenti disini. Kerana aku tak mahu kawan-kawan bakal DR terasa dengan aku. Dan memang! Jika dunia tidak diseimbangkan dengan akhirat hidup kita sia-sia sahaja.
So kat sini aku nak memperjelaskan something. Bergelar Dr, Ir, Prof, etc MEMANG telah menunjukkan kamu semua telah berjaya dalam hidup. Setelah bersusah payah anda belajar. Anda memang layak dapat title itu. Tapi tak pernah kah anda terfikir bahawasanya ramai lagi orang diluar sana yang bermimpi untuk menjadi Dr dan sebagainya tetapi atas kekangan wang, masalah keluarga etc mereka terpaksa melepaskan peluang itu. Adakah itu bererti mereka gagal untuk berjaya didunia. Berjaya bukan dilihat pada kerjaya. Kalau pangkat Dr pon tapi benda yang remeh seperti ADAB tidak ada. Tak guna! Kalau pangkat Ir tapi sombong sina-sana tak guna! Kalau pangkat prof tapi tak boleh memakmur keluarga tak guna!
Semua orang nak jadi somebody dalam hidup diorang. Sama ada somebody yang dimaksudkan orang yang membanggakan kepada keluarga atau kepada masyarakat atau kepada negara itu terserah pada individu. Mungkin dia tidak berjaya menjadi seorang doktor tetapi jika menjadi somebody itu bererti berjaya menjadi ayah yang mendidik anak-anaknya menjadi orang yang berguna,kalau dia adalah ayah aku. YA! dia telah berjaya.
So kepada semua orang diluar sana, terutamanya yang memandang pada pangkat dalam hidupnya. Ingin ku seru padamu. BERUBAHLAH!!! Semua orang ada kelebihan masing-masing yang mana jika diguna pakai dengan baik mampu menjadikan dia orang yang terkenal di mata dunia. Tak semua orang dikurniakan otak yang bijak untuk belajar biology, chemistry, anatomy etc.
Do drops your comment kalau ada sebarang cadangan. Maaf aku guna bahasa rojak. Maaf juga tidak di kaburkan nama dan gambar orang yang meng-komen. Sesungguhnya korang tak perlu malu. Sebab pendapat korang semua bernas! dan ofkos la sebab tak ramai pun yang baca blog aku. -.-
May peace be upon you!