"Oh yes, the past can hurt. But you can either run from it, or learn from it."-- Rafiki, from The Lion King
Assalamualaikum.

Cuti kali ni sangat tak produktif. Walaupun bukan senang nak dapat cuti sem sebulan lebih. But still aku tak buat apa-apa pon. Cuti yang sangat boring. Cuti jadi boring sebab aku tak ada kawan yang nak ajak keluar. Or lebih tepat. Aku sendiri yang alas nak keluar. Hurmm. Tapi kalau nak keluar pon nak lepak mana sangat. Alor Setar bukan bandaraya metropolitan pon yang boleh ronda dua tiga kali tanpa jemu dan boring. Not intrested!
Aku ekceli tak tahu nak story apa Dalam post kali ni. Probably nak cakap pasal cuti aku yang tak berapa nak produktif which means NOT INTRESTING at all!
OK! Aku nak cerita pasal my buddies at UiTM Pncak Alam. Serius cakap aku kat sana memang low profile (i hope so). Aku kawan pon dengan budak pandai. LOL. Kenapa? Because aku nak low profile ja. Tak nak macam masa sekolah rendah and menengah dulu. Aku sangat lah havoc. OK! ada masa nanti aku cerita kenangan masa kat sekolah rendah dengan menengah. Sekarang nak cerita pasal kawan di UiTM Puncak Alam.
First. Picture tells everything. Ofkos la akan ada gambar2 mereka yang bertuah tu. Jangan risau. Blog aku tak ramai orang bca. Korang semua tak akan glamour pon. Ok!.
Start with this girls. Nama diberi Nurfazlin bt Ab Manan (sorry klau eja silap). She one of my besties. Dia ni gua cakap mmg pandai. Terbaik dari ladang. Sejuk perut mak dia mngandungkan dia. Boleh buat bini dan komfem bini solehah. LOL! Seorang yang mempunyai matlamat hidup yang sangat jelas. Kau boleh tanya ja dia apa dia nak buat lepas habis asasi dekat Puncak Alam. Dia akan jawab dengan yakin. Dia sangat ramah. Hampir dengan semua orang dia kawan. Even not from our group. Ramah kan? Baik dengan cikgu. Teacher's pet? Mungkin. LOL! Apa yang penting. ALIN sangat baik! Sebab dia jugaklah aku baik dan ayu di sana. LOL!
Ni plak Farahwahida bt Ramli. Verry the k-pop you know! Peminat setia Bing Bang dan Seungri. VIP la ni. LOL. Even konsert alive tour Big Bang hari tu pon dia pegi. Jeles Siot!!! Dia macam aku. Cuma dia pendiam sikit. Kawan tido dalam kelas. LOL! Kalau nak sembang pasal k-pop dengan dia. Memang tak ingat dunia la. Sangat determine orangnya. Dia sangat rajin. Kalau kelas ganti hujung minggu pon dia pegi. (errmm..aku yang pemalas ekceli).LOL! Dia workhard on everything yang dia buat. Orangya sedikit blur. Kau jangan buat lawak tahap Cambridge kat dia. Buat habis tenaga ja. Dia tak akan gelak. Silap hari bulan kau balik kena terang lawak kau tu kat dia. Pernah jadi okay!! Sebab ke'blur'an dia tu. LOL!
Ni plak Fatini. Aku nk tulis nama penuh tapi aku lupa. LOL! Maafkan hamba ya. Eh jap. Ingat sudah. NurFatini bt Kamrulzaman (btul ke idak tak thu la. Tapi aku rasa itu la nama penuhnya) LOL! Dia ni sebenarnya dah murtad PALAM. Dia ada dekat uniKL. Preparation nak fly pergi jordan for future dentist. kenapa nak jadi dentist? Katanya nak bg bracess free. LOL! untuk keterangan lebih lanjut boleh pergi tanya dia. Dia sempat mengabdikan diri di PALAM untuk sebulan rasanya. Tapi we all still in contact sebab perangai gila-sawan-mereng dia 2. LOL! Maaf sekali lagi. Sangat aktif di twitter. Facebook jarang. Boring katanya. LOL! Perangai dia yang makcik2 tu boleh buat kau gelak macam orang gila. Dan ofkos. Dia pandai. Gila bukan sebarang gila K! Gila future dentist ala makcik2!. LOL!
so the last but not least. AKU la. Bila Tini dah kluar tinggal la kami bertiga. Sedih kan. Tapi still gila ok!. LOL!
So disini aku lampirkan sekali gambar budak2 G10 di PALAM. Mereka sangat gila dan sangat tidak mengenal erti normal . LOL!
Last lab physic sem 1 :))
Yang pakai tudung biru kat tengah itu Miss Nhawal. Tutor Bio. Sangat sweet orangnya. Sempena kepemergian Adib yang kat tengah baju ungu. Mahu fly ke Mesir. Dentist jugak yang dia nak jadi. Bracess free k!
Kan aku dah cakap. Diorang semua gila. Tambah2 yang kat tengah tu kan. Mentang2 dah nak keluar time 2. Senyum melebar. LOL!
Erkk. Kalau ada diantara hampa semua yang nak buat depa ni jadi laki. Pikir banyak kali dulu k. LOL! Ynag bju koko 2 class rep. Lebih kurang ketua kelas la.
Doc-to-be. Aminnn..
Sikecil ni pun fly pergi mesir jugak. Hanis namanya. Yang tudung ungu tu yer. Yang merah tu aku :)). Doc-to-be jugak ni. Gudluvk Anis!
Ni farewell untuk Fatini, Azeem ngn errr....lupa nama la plak. SORRY!!! Azeem dua dari kiri. Tini yang pegang kotak kecik tu (di depan) sorang lagi yang telah aku lupa namanya berbaju hijau. Sebelah baju oren 2. Ya itulah orang yang aku maksudkan. Diorang tu semua nk murtad palam. Tinggalkan kami di sini. LOL.
Itu sahaja yang mampu aku cerita. Nak tahu lebih lanjut boleh la tanya aku sendiri. Kalau ada yang berkenan dihati. Boleh contact saya ya. LOL! (ejen cari jodoh). Mereka pasti gembira bila mendapat tahu bahawasanya mereka mempunyai stalker. LOL!
Sekian dari saya. Entry akan datang akan diusahakan. LOL! Bajet orang baca blog dia. Suka hati la ada orang baca ka tak kan. Janji aku bahagia. PEACE!
One more thing. Entry aku yang pasal MUET tu agak poyo. So gelak la puas2. LOL! Adik2 kalau nak tanya pasal MUET boleh tanya ya. Akak ni band 6 ok! (ok itu tipu). BYE!