ASSALAMUALAIKUM.
Dah lama tak upadate blog. Baru je habis test 2. aku struggle. Tapi tak cukup gila lagi. Huhuhu. Dan sekarang sedang menanti ketibaan FINAL EXAM!!
FINAL EXAM minggu depan iaitu pada hari Isnin bertarikh 2/10 sehingga 12/10 yang aku kurang pasti hari apa. Malas nk tngok kalender punya pasal.
Aku akan cuba buat yang terbaik. TAK! aku WAJIB buat yang terbaik. Walaupun ini baru semester pertama. Parents aku dah letak harapan menggunung dah. Aku nak jadi anak yang baik yang tak menghampakan harapan ibu dan ayah.
Aku mungkin x dapat nk jadi seperti yang mereka harapkan. Mungkin juga akan menghampa kan mereka. Tapi untuk asasi, aku memang akan beri yang terbaik. Kalau dah dapat lepas asasi, baru boleh pilih jalan sendiri.
Semua parents kat dalam dunia ni ofkos la doakan yang terbaik untuk anak2 mereka. Tapi setengah anak2 yang tidak tahu mengenang jasa ibu bapa dengan melakukan perkara2 yang hanya mengikut hawa nafsu remaja. Sungguh kasihan remaja2 itu. Sesunguhnya sangat KASIHAN.
Aku cakap macam tu untuk peringatan pada diri aku juga sebernarnya. Aku sentiasa ingatkan diri aku, parents diutamakan. Buat yang terbaik demi mereka. Pada awalnya, study pon demi mereka. Tapi bila aku semakin membesar, semakin tahu hala tuju, semakin mengenali perasaan dalam hati, semakin tahu keinginan diri, aku cuba untuk belajar memperbaiki diri. Belajar kerana Allah swt.
Orang cakap kalau semua benda kalau kita buat niat kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Aku mencuba untuk mencari 'Lillah hi ta'ala'. Aku cuba untuk menjadi lebih baik dari semalam. Aku cuba.
InsyaAllah, mohon dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Korang pon jom la sama2 ubah niat dalam hati kita. Tak salah mencuba. MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA. Bila aku solat, ni lah diantara doa wajib aku. Tapi Allah tak akan tolong hambanya yang tak berusaha untuk berubah. SO mulakan dengan basmallah. Akhirkan dengan syukur alhamdullah. USAHA harus diringi di tengah2 nya.
GOOD LUCK!!!!! (untuk SPM candidates juga)
lepas final exam bru update blog balik. :))