Entry kali ni aku rancang nk tulis beminggu-mnggu dah. Tapi baru kali ni aku berkesempatan nk tulis. Maklumlah, baru habis test. Huhuhu.
Skrg tngh hangat isu ni di kalangan ramaja. NIKAH GANTUNG. Bagi sesiapa yg x thu nikah gantung tu bnda apa. Sini nk story cket. Nikah gantung tu nikah yg si suami dan si isteri tidak perlu dduk sebumbung dan si suami terlepas daripada mmberi nafkah kepada si isteri. Senang cita, nikah tapi tak dduk skali dan si perempuan masih brada dibawah tnggungan keluarganya.
Remaja zaman skrg nk sngt nikah gantung ni sbb diorang nk hbungan yg halal. COUPLEKAN HARAM. Jadi untuk mnjadikan ia halal. Nikah Gantung lah jawabnya.
Tapi!!!!
Aku x setuju langsung dengan bnda ni. Memang la ia satu benda yang bagus. Nak mengelakkan maksiat. Tapi untuk seorang remaja berkahwin pada usia yg belasan tahun dan boleh dikatakan masih mentah, ia adalah satu perkara yang tidak wajar. Sebab apa aku cakap mcm tu.
1) Remaja zaman sekarang bkn mcm remaja zaman dulu. Diorang boleh suka seseorang dalam satu tempoh masa yg tertentu shj. Disebalik pemikiran yg masih belum matang, dan masih tidak dapat mmbezakan yg baik dan yang buruk, mereka boleh mmbuat ksilapan yg boleh meruntuhkan rumahtangga mereka. Meskipun si isteri bkn lagi dibawah tnggungan si suami, tp tanggujawab sebagai seorang suami dan tanggungjawab sebagai seorang isteri masih lg harus dipikul dibawah suami. Si suami harus mnjaga adab-adab isterinya.
2) Kadar penceraian pon boleh bertambah. Remaja khususnya masih lagi mentah dalam memikul tanggungjawab ini. Mereka mungkin sahaja tidak tahu apa tanggungjawab mereka jika nikah gantung itu berlaku. Nikah gantung ini relevan kepada mereka yg masih belajar dan bukan umurnya belasan tahun. Tetapi sangat tidak relevan pada remaja yg usianya baru setahun jangung yang darah muda masih lagi panas mengalir dalam diri mereka.
Aku sokong orang yang nikah gantung ni di kalangan remaja jika mereka betul-betul memahami dan mendalami apa itu Islam. Kerana mereka sudah tentu dpt membezakan yang hak dan batil. Ini bukan sahaja tidak menunaikan apa yang wajib, mahu mengamalkan nikah gantung untuk mngelakkan maksiat berlaku. Lebih baik perkukuh iman dan memantapkan yang wajib. Itu lebih bagus. Barulah berfikir untuk menjadi ketua dalam rumah tangga.
Aku tidaklah menolak sekeras-kerasnya nikah gantung. Tetapi ia bergantung pada keadaan dan kesesuaian. Nikah gantung sama sahaja dengan nikah biasa. Bezanya tiada majlis perkahwinan dan Si suami tidak perlu mnanggung nafkah si isteri dan tidak perlu duduk sebumbung. Jika remaja ingin mnjalankan nikah gantung. Lebih baik perkukuhkan Iman dan menjadi remaja yg mnurut perintah Allah swt, barulah mengamalkan nikah gantung.
So, for you guys out there, sesiapa yg kurang bersetuju dengan pendapat aku, bolehlah bg komen korang. Manalah tahu korang boleh perbetulakn persepsi aku terhadap remaja yg nikah gantung ni. SHARING IS CARING. Kalau kongsi ilmu x slah pon kan ><. Allah Suka!!
Kepada yang telah mengamalkan nikah gantung. Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kalian. Semoga terus kuat menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri.
SALAM UKHUWAH :))
Sweet kan :))